1. Bahan Logam DEFINISI: Bahan yang berstruktur hablur dalam keadaan pepejal CIRI-CIRI BAHAN LOGAM: 1. Bahan legap yang merupakan pengalir haba dan arus elektrik yang baik. 2. Boleh menjadi pemantul cahaya jika permukaannya digilat 3. Kebanyakkan logam bersifat mulur dan boleh tempa 4. Biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada bahan lain PENGELASAN BAGI BAHAN LOGAM Terbahagi kepada TIGA jenis logam iaitu: 1. Logam Ferus iaitu meliputi UNSUR BESI dan penggunaannya adalah dalam bentuk KELULI dan BESI TUANG 2. Logam Bukan Ferus iaitu logam yang TIDAK mengandungi UNSUR BESI dan biasa digunakan sebagai UNSUR ALOI ialah KUPRUM, ALUMINIUM, MAGNESIUM dan ZINK 3. Aloi merupakan suatu bahan yang terdiri daripada DUA ATAU LEBIH UNSUR KIMIA, sekurang-kurangnya satu daripada unsur tersebut ialah LOGAM Secara kesimpulannya, pengelasan bagi bahan logam adalah seperti berikut: